
gallery curriculum

MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM MURID TINGKATAN 5 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK (P) SRI AMAN telah mengadakan Majlis Penetapan Target SPM Murid Tingkatan 5 2025 pada 14 Mac 2025. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang hadir ke majlis ini. Semoga semua calon terus berusaha dengan gigih untuk mencapai target mereka untuk SPM 2025 nanti.

GAMBAR SEKITAR HARI INTERAKSI AKADEMIK TINGKATAN 1-4 SESI AKADEMIK 2024/2025
Gambar sekitar hari Hari Interaksi Akademik Tingkatan 1-4 Sesi Akademik 2024/2025 pada 10 Januari 2025.

HARI INTERAKSI AKADEMIK MURID TINGKATAN 1-4
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacitanya SMK (P) SRI AMAN akan mengadakan Hari Interaksi Akademik Murid Tingkatan 1- 4 pada 10 Januari 2025 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir. Kerjasama dan sokongan ibu bapa /penjaga amatlah dihargai. Terima kasih.


ANUGERAH KUALITI PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2023
Sektor Pendidikan Islam – Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Islam dan sekolah telah berjaya mendapat Anugerah Pengurusan Terbaik Pendidikan Islam Sekolah Menengah bagi tahun 2023 di SJKC Yuk Chai, Petaling Jaya.

KEM PELEDAK SPM 2024 DI UNITAR
Kem Peledak telah berlangsung di UNITAR, Kelana Jaya pada 10 Oktober sehingga 12 Oktober 2024. Kem ini merupakan anjuran Unit Kurikulum SMK (P) Sri Aman yang melibatkan 165 orang murid tingkatan 5. Semoga program ini memberi impak yang besar kepada semua murid tingkatan 5.
