Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Piagam Sekolah

 

Kami warga SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya dengan ini berikrar akan:

 

  • Memastikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan dilaksanakan mulai hari pertama sesi persekolahan bermula.
  • Memastikan buku teks SPBT diedarkan kepada murid sebelum sesi persekolahan baru bermula.
  • Memaklumkan keputusan ujian dan peperiksaan dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat peperiksaan.
  • Memaklumkan mengenai sebarang program sekolah kepada murid dalam tempoh satu (1) minggu sebelum pelaksanaannya.
  • Mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum menyertai sebarang pertandingan atau aktiviti luar sekolah.
  • Memastikan semua murid diberi peluang seluas-luasnya untuk menyertai kegiatan kokurikulum di dalam ketiga-tiga bidang; (i) Kelab/ Persatuan, (ii) Sukan/ Permainan, dan (iii) Unit Beruniform.