Maju penuntut Sri Aman
Menuju ke medan jaya
Kita berganding bahu
Berganding bahu
Di bawah bendera Malaysia
Mari penuntut Sri Aman
Mari kita meneroka zaman
Agar nama takkan hilang
Terpahat kukuh di tugu kenangan
Jagalah imej sekolah kita
Di mana kita berada
Kesopanan di pandang
Akan mulia
Dengan prinsip Rukun Negara
Segala ilmu kita tuntuti
Sastera, Sains dan Teknologi
Menghadapi dengan hati
Agar bahagia kemudian hari