Bengkel Pemerkasaan Elemen KBAT dalam Kokurikulum Peringkat Daerah Petaling Utama tahun 2024

Pada 15/8/2024 seramai 44 orang murid daripada 4 buah sekolah telah berkampung di SMK(P) Sri Aman bagi mengikuti bengkel pemerkasaan elemen KBAT dalam Kokurikulum. Antara sekolah yang terlibat adalah SMK(P) Sri aman, SMK Sri Utama, SMK Bandar Sri Damansara 1 dan SMK Taman Sea.

Antara tujuan pelaksanaan bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan kemahiran pengetahuan dan kemahiran dalam pemerkasaan elemen KBAT terutamanya dalam aspek kokurikulum. selain itu juha objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pemikiran kritis dan berfikir secara analitis serta kemampuan untuk membuat sebarang keputusan yang bijak dalam sesuatu perkara

Sebahagian aktiviti ice breaking Bengkel Pemerkasaan KBAT dalam Kokurikulum tahun 2024.

Sebahagian daripada perserta bengkel sedang menyiapkan tugasan dalam aktiviti Indoor