KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM TAHUN 2024

Tahniah diucapkan kepada Nura Maysaa Binti Muhammad Ayub dari kelas 2 Berlian kerana berjaya menjadi Johan secara individu dan tempat kedua secara berpasukan bagi pasukan P15 Petaling Utama bagi peringkat MSSS tahun 2024.

Pelajar ini juga telah terpilih ke peringkat MSSM bagi mewakili Selangor di Kejohanan Merentas Desa yang berlangsung pada 25 Mei 2024 di Nexus international school dan juga telah mendapat tempat ke-13 secara individu sekaligus berada di tempat ke-empat secara berpasukan P15 bagi pasukan Selangor.

Tahniah dan Syabas diucapkan buat Nura Maysaa,pengurus peserta kelab olahraga, serta Ibu bapa atas usaha dan kejayaan ini.

Semoga terus cemerlang di tahun hadapan.