Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted by on Aug 22, 2017 in Berita Sekolah, Guru, PIBG |

PROJEK TANAMAN CENDAWAN KOPERASI SMK (P) SRI AMAN

PROJEK TANAMAN CENDAWAN KOPERASI SMK (P) SRI AMAN

PROJEK TANAMAN CENDAWAN  KOPERASI SRI AMAN

Cendawan boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu;

o Edible mushroom (cendawan yang boleh dimakan)
o Medical mushroom (cendawan yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan)
o Poisonous mushroom (cendawan yang beracun, dan tidak boleh dimakan)
o cendawan liar/hutan (cendawan yang tumbuh meliar di dalam hutan)

 

Proses Tanaman Cendawan

1.Teknik untuk menanam cendawan

Sediakan beg media cendawan, iaitu beg plastik tahan panas, leher dan penutup beg media, kapas/span penyumbat, dan penyodok. Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat. Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg. Pasangkan leher dan tutup (sumbat sedikit kapas di bahagian penutup).

2.Kukus beg media cendawan

Beg media cendawan perlu dikukus selama 7 jam.

3.Pemilihan benih cendawan

Pemilihan benih cendawan perlu dilakukan dengan teliti agar cendawan yang dihasilkan berkualiti tinggi. Miselium benih yang baik adalah berwarna putih seperti kapas. Miselium yang dipilih perlulah penuh dan padat. Anda tidak digalakkan untuk memilih benih yang berwarna perang dan yang mengeluarkan cairan seperti minyak kerana ianya telah tua dan tidak aktif. Selain itu, benih yang telah dicemari kulat akan berwarna hijau, kuning dan hitam.

4.Suntikan benih cendawan

Peralatan yang diperlukan untuk penyuntikan benih ialah benih, pengorek benih, pelita spirit/burner dan pen marker. Pilih benih cendawan yang baik iaitu yang berwarna putih bersih seperti kapas dan pertumbuhannya penuh sehingga ke bawah botol. Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil yang telah dipanaskan (layur) dengan api. Buka mulut beg media dan masukkan benih cendawan anggaran sebanyak 1 sudu besar. Penutup mulut beg media dilayur dan dipasangkan kembali pada beg media. Kemudian tarikh suntik benih dan jenis cendawan dicatatkan pada beg media cendawan.

5.Pemeraman beg media cendawan

Susun beg media cendawan di atas rak dalam ruang pemeraman cendawan secara rebah atau tegak dengan mulut beg dibuka. cendawan pertama akan keluar 3-5 hari selepas penutup beg dibuka.

6.Kawalan serangan perosak

Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaraannya. Bersihkan persekitaran rumah cendawan daripada rumpai dan sampah sarap. Serangan bakteria boleh dikenal pasti apabila batang dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Rumah cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya yang malap dan serata. Pancaran cahaya matahari yang kuat akan membantutkan pertumbuhan cendawan.

7.Pungutan hasil

Peringkat pertumbuhan cendawan bermula pada hari kedua cendawan mula keluar seperti anak mancis dan pada hari ketiga cendawan mula membesar dan kembang. Pada hari keempat, cendawan membesar ke peringkat optima. Oleh itu, pungutan hasil dilakukan pada hari ketiga atau keempat (sebelum tepi cendawan berombak dan pecah) dengan cara mencabut seluruh rumpun cendawan.

 

HASIL TUAIAN PERTAMA

CENDAWAN MULA BERCAMBAH