Pages Menu
TwitterRssFacebook
Categories Menu

Posted by on Jan 4, 2017 in Berita Sekolah, Guru, Pelajar, PIBG |

3 Sebab Mengapa Cinta Perlu Jadi Teras Falsafah Pendidikan di Malaysia

3 Sebab Mengapa Cinta Perlu Jadi Teras Falsafah Pendidikan di Malaysia

Cinta.

Alangkah dalamnya perkataan ini.

Ada ketika definisinya mudah difahami.

Ada kala pula maksudnya terlalu luas dan mendalam, dengan pelbagai konotasi dan ekspresinya.

Semua jiwa tentu pernah merasai apa itu cinta, sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima atau menghargainya.

Ada di antara kita yang cuba mengkaji fenomena cinta itu dengan lebih mendalam, dan ada yang lebih gemar dibuai sahaja perasaan cinta itu tanpa benar-menar memahaminya. “Dengan sentuhan cinta, semua orang jadi penyair”, kata Plato.

Lantas perbincangan tentang Cinta tentu sekali tidak terlepas daripada penelitian falsafah sejak dari era Yunani purba.

Plato dalam karya agungnya Symposium menyifatkan Cinta sebagai suatu proses peningkatan; Cinta pada tahap paling rendahnya berupa hanya sebagai nafsu erotik (eros), yang kemudiannya boleh ditingkatkan menjadi suatu  pengalaman intellektual,  kehormatan dan keintiman ke atas objek yang dicintai (philia), dan kemudiannya mencapai tingkat tertinggi melalui pandangan ketuhanan dan spiritual terhadap Cinta (agape).

Agama juga membantu kita dalam memahami cinta.

Malah, sumber-sumber keagamaan sebenarnya lebih holistik berbanding falsafah atau teori-teori psikologi dan sains, kerana agama merupakan pendedahan kepada manusia daripada tuhan dan telah melepasi ujian masanya dalam merentasi sejarah.

Agama kristian melihat Cinta sebagai sifat tuhan terhadap umat manusia yang dibuktikan melalui pengorbanan Nabi Isa A.S. demi menyucikan umatnya daripada dosa.

Penganut Kristian membalas cinta ini dengan kepercayaan dan kesetiaan mereka.

Agama Buddha itu sendiri diwujudkan berasaskan cinta Siddharta Gautama terhadap manusia yang cenderong bertelagah antara satu sama lain lalu menghalang diri mereka sendiri daripada mengecapi kebebasan abadi.

Al-Quran, kerasulan nabi Muhammad S.A.W., panggilan da’wah kepada Islam dan kehidupan yang menjadi contoh teladan berkurun lamanya selepas kedatangan Islam menunjukkan kepada umat Islam betapa luasnya pengaruh cinta; cinta terhadap Allah S.W.T., cinta terhadap diri sendiri, dan alam sekeliling sebagai batu asas kepercayaan kita.

Oleh itu, tidak wajar sama sekali jika premis untuk mendefiniskan cinta itu diterhadkan kepada kemahuan nafsu semata-mata.

Cinta itu relevan dalam semua aspek kehidupan, termasuklah hubungan kemanusiaan, agama, politik, dan berpotensi besar meniupkan pembaharuan dan boleh merevolusikan pendidikan manusiawi.

Sejak Friedrich Schiller menukilkan Aesthetic Education of Man pada 1794, banyak karya lain menyusul merentasi zaman seperti Metodo della Pedagogia Scientifica II oleh Maria Montessori pada 1909 dan Deschooling Society oleh Ivan Illich pada 1971 serta beberapa lagi karya yang memberikan impak besar dalam bidang pendidikan.

Hal ini menggambarkan betapa manusia, dalam melalui sejarah peradabannya yang berbeza-beza, masih mencari-cari kaedah pengajaran dan pembelajaran anak-anak atau pedagogi yang terbaik untuk sistem persekolahan formal masing-masing. Menariknya, tanpa di sedari jawapannya mungkin terletak di hadapan mata kita sahaja.

Peranan Besar Falsafah Pendidikan Negara

Kajian empirikal menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan dan kemajuan sesebuah negara berkait rapat dengan kewujudan sebuah falsafah yang jelas, fokus dan tertumpu dalam sistem pendidikan negara terbabit.

Melihat contoh sistem pendidikan Finland yang diangkat sebagai sistem pendidikan terbaik abad ini, terdapat suatu penumpuan jelas terhadap kesamarataan (inclusion).

Istilah pembahagian kelas pintar-corot tidak wujud sama sekali.

Anak-anak dibimbing mengikut keperluan individual mereka untuk sekurang-kurangnya menghabiskan pendidikan asas. Yang lebih pintar membantu yang lemah. Kemanusiaan.

Di negara Jepun pula, kita melihat kadar keciciran (berhenti sekolah) yang begitu rendah kerana terdapat falsafah pendidikan negara yang berfokuskan akhlak bermoral dan disiplin.

Kehidupan yang baik dijanjikan untuk mereka yang berdisiplin dalam pendidikan.

Walaupun dianugerahkan tuhan dengan sumber kekayaan hasil bumi yang tidak seberapa, Korea juga telah mencapai tahap kemajuan seperti yang dinikmatinya kini, kerana menelurusi ajaran Confucianism sebagai falsafah pendidikan mereka.

Pendidikan dilihat sebagai langkah memperkasakan watak, dan bukannya sekadar menaikkan status sosial seseorang.

Di Amerika, falsafah pendidikan dan kehidupan diletakkan ke atas pragmatisme.

Ahli akademik percaya bahawa falsafah ini lah yang menjadi resipi kejayaan sains dan teknologi Amerika sehingga manusia berjaya mendarat di bulan.

Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bertujuan untuk “memperkembangkan lagi potensi individu seca

Source: 3 sebab mengapa cinta perlu jadi teras falsafah pendidikan di Malaysia | Astro Awani